Berita Hari Ini

Kerajaan PN Prihatin, Tidak Zalimi Rakyat – Muhyiddin

BELURAN: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah kerajaan prihatin yang memikirkan masalah rakyat dan mencari jalan menyelesaikannya, serta sama sekali tidak akan menzalimi mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BH Online melaporkan Perdana Menteri berkata, sejak menerajui kerajaan PN, beliau amat menitikberatkan aspek kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Bagi beliau, kerajaan yang tidak memikirkan nasib rakyat adalah kerajaan yang tidak bertanggungjawab.

“Saya tidak mahu melihat rakyat susah, menangis meminta sedekah mahu makan… itu bukan kehendak saya sebagai Perdana Menteri.

“Sebab itu, saya akan terus usahakan wang (negara) yang saya kumpul banyak-banyak, bukan untuk saya.

“Saya tidak rasuah. Segala apa yang ada yang boleh saya gunakan untuk membantu rakyat, saya akan bantu rakyat, apa yang termampu,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama penduduk di Tapak Pasar Tamu Beluran, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Beluran yang juga Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, dan calon PN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labuk, Samad Jambri, bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");