Membawang Hari Ini

Kongsi Video Pakai Baju Pengantin, Sajat Nak Kahwin?

Jika anda mengikuti Intagram Nur Sajat, hari ini usahawan kosmetik itu dilihat ada memuat naik posting yang menarik perhatian ramai netizen. Mana tidaknya, Sajat dilihat memuat naik fotonya mengenakan gaun ala pengantin rona putih.

Perkongsian ahli peniagaan sensasi itu yang memaut naik foto berbaju di atas pelamin sekaligus mengundang pelbagai tanda tanya di kalangan netizen. Lebih menjadi perhatian, Sajat seolah membayangkan hari bahagianya bakal tiba tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian itu, Sajat meluahkan rasa syukur serta turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakannya. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada pengesahan lanjut oleh Sajat mengenai perkara itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seakan meragui mengenai berita yang mengatakan usahawan tersebut bakal berkahwin. Tidak kurang juga ada yang mengatakan, video berkenaan adalah bersempena dengan pelancaran produk yang dikeluarkan oleh usahawan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");