Perak Hari Ini

Latihan Simulasi Di Kawasan Tumpuan Rekreasi, Mantapkan Pengoperasian Anggota Bomba

GOPENG- Pasukan Special Tactical Operation And Rescue Team Of Malaysia (STORM) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Utara telah mengadakan latihan pengoperasian di kawasan Gua Tempurung selama lima hari melibatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Komander Operasinya, Mohamad Yunus Abu berkata, latihan tersebut dijalankan sebagai satu persediaan anggota Bomba menghadapi kemungkinan jika berlaku kemalangan di kawasan tersebut.

Katanya, sepanjang 19 hingga 23 September, pihaknya melakukan tiga latihan simulasi yang mana ianya melibatkan trek larian sepanjang 25 kilometer, aktiviti di dalam gua dan aktiviti lasak di dalam air ‘water rafting’.

“Secara keseluruhan kita ada tiga simulasi iaitu yang pertama melibatkan operasi SAR Acap, ini lebih kepada ‘fitness’ dan juga ‘endurance’ pegawai. Mereka terpaksa melalui 25 kilometer dengan halangan yang sedia ada seperti berbukit, semak, hutan, sungai dan paya.

“Yang kedua kita ada simulasi menyelamat di dalam Gua Tempurung di mana ia adalah satu kawasan rekriasi yang menjadi tumpuan masyarakat, jadi kita bersedia dengan sebarang kemungkinan berlakunya runtuhan atau kepala air dalam kawasan Gua Tempurung.

“Yang ketiga esok, kita ada lagi satu simulasi iaitu menyelamat mangsa akibat daripada banjir yang berlaku di kawasan sungai Kampar, di mana kawasan ini terkenal dengan aktiviti ‘water rafting’,” katanya kepada media hari ini.

Menurut beliau, kesemua aktiviti ini dijalankan supaya anggotanya sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan.

“Kita melatih para pegawai kita untuk berhadapan dan familiar (membiasakan) dengan kawasan tersebut,” katanya.

Beliau yang juga Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak berkata, latihan tersebut melibatkan 150 orang yang terdiri daripada anggota dari negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Perlis dan pegawai dari akademi Tronoh.

Sementara itu katanya pada hari ini, anggota akan melakukan satu latihan melibatkan operasi SAR di dalam gua.

“Operasi ini melibatkan simulasi bagaimana terdapat pengunjung di dalam Gua Tempurung terperangkap akibat daripada runtuhan dan berlakunnya kepala air.

“Anggota terpaksa melalui kawasan yang sempit, terpaksa memecahkan batu-batu bagi membuat laluan masuk untuk mengeluarkan mangsa. Kita juga terpaksa menggunkan ‘technical rescue’ bagi memyelamatkan mangsa yang jatuh ke dalam kawasan gaung,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");