Perak Hari Ini
Like

MAIPk Bina Hampir 300 Rumah Baru Asnaf Seluruh Perak

September 24, 2020
361 Views
0 Comments
2 minutes read
MAIPk Bina Hampir 300 Rumah Baru Asnaf Seluruh Perak

LUMUT: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menjadi agensi terbesar di negeri ini dalam menyediakan inisiatif bantuan membina dan membaik pulih rumah kepada golongan yang memerlukan dengan peruntukan agihan zakat hampir RM20 juta setiap tahun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari, lebih RM13 juta diperuntukan untuk membina 290 rumah baru di bawah program pembangunan sosial dan RM6.64 juta bagi menyelenggara 481 rumah, bagi tahun lalu.

Katanya, jumlah tersebut selari dengan sasaran MAIPk iaitu sekurang-kurangnya menyediakan 300 buah rumah baru dan membantu baik pulih 500 rumah golongan asnaf pada setiap tahun.

“MAIPk menerima 140 permohonan setiap bulan bagi skim baik pulih rumah. Walaupun permohonan lebih 1,000 setiap tahun namun sasaran kita hanya 300 buah rumah sahaja.

“Dalam 300 buah pula itu mempunyai pelbagai kategori. Ada kategori rumah yang mempunyai tiga bilik, dua bilik dan satu bilik,” katanya.

Jelas beliau, berbeza dengan Pendapatan Garis Kemiskinan ( PGK) nasional, MAIPk mengambil kira nilai kecukupan asnaf dalam meluluskan sebarang permohonan bantuan.

Ujarnya MAIPk tidak mempunyai garis panduan standard sebaliknya nilai kecukupan asnaf itu diukur berdasarkan kepada keperluan golongan itu yang berbeza-beza.

“Nilai kecukupan itu bergantung kepada keperluan asas sesebuah keluarga asnaf untuk menjalani kehidupan. Ia berbeza dengan PGK.

“Jadi, had kecukupan ini juga hal kifayah, yang mana ia melalui proses perakuan dan pengesahan daripada jawatankuasa fatwa. Sebab ia perlu melepasi aspek hukum Islam.

“Dan inilah sebagai asas untuk menentukan keperluan bantuan terhadap individu atau keluarga asnaf,” katanya lagi

Jelas Shahrul Azam, selain bantuan bina rumah baru dan penyelengaraan rumah, kaedah sama turut terpakai pada pengagihan bantuan wang bulanan, bantuan kesihatan dan pelajaran.

Beliau berkata demikian ketika ketika ditemui pada Malam Makan Program Ziarah Korporat MAIPk di sini, malam tadi.

Komen & Pendapat

Comments are closed.