Berita Hari Ini

Malaysia mahu perubahan pada PBB tamatkan konflik

Malaysia mahukan penambahbaikan dan perubahan pada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana ramai yang masih menderita akibat konflik di beberapa bahagian di seluruh dunia.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, PBB boleh dikatakan gagal untuk menyelamatkan beberapa generasi pewaris daripada kesengsaraan akibat peperangan.

“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terus kekal sebagai satu-satunya institusi global yang kita anggap milik semua.

“Walaupun kita akui yang organisasi ini telah dengan agak baik dalam banyak perkara di sepanjang 75 tahun penubuhannya, terutamanya dalam mempromosikan pembangunan sosial dan ekonomi, kita perlu jujur dan mengakui yang PBB boleh dikatakan gagal menyelamatkan beberapa generasi pewaris daripada kesengsaraan peperangan,” katanya.

Muyhiddin berkata demikian ketika menyampaikan pendirian rasmi Malaysia di mesyuarat peringkat tinggi Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) bersempena ulang tahun ke-75 badan itu.

Ia merupakan ucapan sulung Muhyiddin di UNGA sejak menjadi perdana menteri Malaysia pada Mac tahun ini.

Mesyuarat ini dilaksanakan secara maya disebabkan pandemik Covid-19 dan ucapannya itu telah diprarakamkan di pejabatnya di Putrajaya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");