Perak Hari Ini

MBI Meterai MoU Dengan UiTM

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam satu majlis di sini, siang tadi.

MoU tersebut ditandatangani antara Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin dengan Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim.

MBI dalam satu kenyataan berkata kerjasama itu rentetan daripada beberapa siri perbincangan antara kedua-dua belah pihak sejak tahun lalu.

Katanya perkara tersebut adalah sebagai matlamat MBI ke arah bandar raya rendah karbon menjelang tahun 2030.

“Rangka kerja ini akan dimasukkan dalam Penyediaan Rancangan Tempatan Ipoh 2035 (Penggantian) ke arah Ipoh Bandar Rendah Karbon 2030.

“Penyediaan ini juga adalah sebagai kesinambungan daripada pencapaian MBI memperolehi Provisional Certification Baseline Assessment dan bagi meneruskan usaha untuk mencapai ‘Diamond Rating’ bagi Kawasan Perancangan Pusat (KPP)” kata kenyataan itu.

Jelasnya lagi usaha itu juga selaras dengan hasrat MBI dalam menggalakkan kesemua bangunan di bandar raya ini sebagai bangunan yang efisien dari segi penggunaan tenaga.

“Hasil dari kerjasama ini juga diharapkan dapat merangsang kerjasama yang lain yang boleh membawa MBI kepada satu tahap yang cemerlang seiring dengan kemajuan bandar raya yang terulung samada di dalam Malaysia dan juga di luar negara,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");