Perak Hari Ini

Miker Pizza Buka Cawangan Baharu

IPOH: ‘Miker Pizza’ yang beroperasi di Jalan Tun Sambanthan dekat sini, mula membuka cawangan terbaharunya di Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, Gunung Rapat, di sini.

Pengasas Miker Pizza, Muhammad Shakir Jushaah, 35, berkata cawangan kedua perniagaannya itu mula beroperasi pada 9 September baru-baru ini.

Katanya pada hari pertama pembukaan Miker Pizza cawangan Gunung Rapat itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Ujarnya antara menu yang laku keras dan menjadi pilihan utama pelanggan ketika itu ialah ‘Pizza Crazee Meat’ dan ‘Pizza Ultimate Kampung’.

“Secara umumnya menu dan sajian yang ada di sini sama seperti Miker Pizza di Jalan Tun Sambanthan yang mana kesemua piza yang ada di situ boleh juga dapat di sini.

“Dalam pada itu kami sedang merancang untuk menambah menu-menu baru seperti masakan bertemakan Itali dan New York seperti sajian spageti karbonara, nachos dan sebagainya.

“Menu baru itu yang hanya akan ada di Miker Pizza Gunung Rapat sahaja,” katanya kepada PerakToday, hari ini.

Dalam pada itu katanya pemilihan lokasi di Gunung Rapat adalah disebabkan faktor kawasan kepadatan penduduk di sekitar.

“Selain itu mungkin rezeki kami juga dapat beroperasi di premis yang berhampiran dengan jalan utama yang mana ia dapat menarik perhatian orang ramai,” katanya lagi.

Tambahnya Mikker Pizza Gunung Rapat mampu memuatkan sekitar 70 pelanggan pada satu-satu masa selain perkhidmatan penghantaran makanan juga disediakan dalam lingkungan kawasan 5 kilometer daripada premis.

Miker Pizza yang beroperasi dengan lapan pekerja itu dibuka setiap hari pada jam 11 pagi sehingga 11 malam.

Selain itu para pelanggan juga dinasihatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan seperti melakukan saringan suhu di pintu masuk, menggunakan aplikasi MySejahtera dan mengamalkan penjarakan fizikal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");