Perak Hari Ini

Mufti Perak Sudah Dimasukkan Ke Wad Biasa – Exco

IPOH: Keadaan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria beransur baik dan kini telah dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) ke wad biasa.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Negeri, Mohd Akmal Kamaruddin berkata Harussani kini masih dipantau rapi oleh Pakar Perubatan dan Neurologi sebuah hospital swasta, Datuk Dr Zakaria Kadir.

“Tan Sri telah dipindahkan ke wad biasa pada beberapa hari lepas dan dipantau oleh doktor yang ditugaskan untuk merawat beliau iaitu Dr Zakaria.

“Keadaan Tan Sri semakin baik daripada hari itu yang mana beliau boleh memberi respons dan faham jika kita bercakap dengan beliau.

“Cuma setakat ini Tan Sri masih belum mampu untuk berinteraksi lebih dari itu dengan kita,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Seminar Pematuhan Halal Negeri Perak di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM), di sini, hari ini.

Selain itu beliau berkata Mufti Perak masih lagi menerima rawatan susulan memulihkan saluran darah serta rawatan bagi penyakit lain termasuk darah tinggi.

“Kita tidak dapat menjangkakan bila Tan Sri akan dapat keluar. Setakat ini beliau masih lagi ada di aras lima hospital berkenaan dan dibenarkan untuk melawat beliau.

“Cuma diharap dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kalau boleh dapat beri ruang yang lebih kepada Tan Sri Mufti untuk berehat secukupnya,” ujar beliau.

Sebelum ini Harussani telah dikejarkan ke sebuah hospital swasta di sini akibat serangan strok pada 23 Ogos selepas menunaikan Solat Subuh.

Pada 24 Ogos, dalam satu sidang media di hospital berkenaan, Zakaria yang ditugaskan untuk merawat berkata Harussani mula menunjukkan perkembangan kesihatan yang baik apabila mampu bercakap beberapa perkataan serta memberi reaksi emosi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");