Berita Hari Ini

Papan iklan mesti dalam bahasa Melayu, kata menteri

Papan iklan di Kuala Lumpur mesti menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama, dengan bahasa lain dibenarkan sebagai sub-teks, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa.

Beliau berkata demikian selepas sebuah papan iklan yang menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa utama diturunkan semalam.

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), syarikat itu pada awalnya mengemukakan iklan dalam bahasa Melayu sebagai bahasa utama sebelum diluluskan untuk pemasangan.

DBKL berkata syarikat itu kemudian menggunakan papan iklan berbahasa Cina, namun menurunkan sendiri papan tersebut selepas menyedari “kesalahan” mereka.

Mengulas mengenai isu tersebut, Annuar berkata bahasa lain dibenarkan di papan iklan tetapi mesti lebih kecil daripada teks bahasa Melayu.

 

Semalam, beliau berkata papan iklan di ibu negara mesti “memperkasakan” bahasa Melayu.

Begitu juga, Naib Ketua Pemuda MCA Chua Hock Kuan yang berkata beliau telah diberi jaminan oleh DBKL bahawa iklan dwibahasa tidak menjadi masalah.

“Bagaimanapun, Bahasa Malaysia mesti menjadi bahasa utama, untuk menghormati statusnya sebagai bahasa rasmi negara,” kata Chua dalam satu kenyataan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");