Panasnya Hari Ini

Parti MUDA Tiada Had Usia – Syed Saddiq

PUTRAJAYA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang baru dikemukakan permohonan pendaftarannya hari ini itu tidak mempunyai had usia bagi sesiapa yang ingin menyertainya, kata Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

BH Online melaporkan Ahli Parlimen Muar itu yang datang bersama-sama beberapa ahli penaja parti itu, berkata parti baharu itu juga tidak mempunyai had bangsa, sebaliknya ia mewakili semua lapisan masyarakat dan agama.

Katanya, ia akan dipimpin oleh anak muda dan memfokuskan kepada dasar dan jalan penyelesaian masalah negara sedia ada.

“Muda Malaysia akan dikepalai oleh anak muda daripada segenap lapisan masyarakat… ada ketua pegawai eksekutif, guru, doktor, pemimpin masyarakat sivil dan petani muda yang berjaya dalam industri.

“Parti ini tidak boleh dilihat hanya pada faktor umur. Ia lebih kepada fahaman, ideologi, idealisme, dasar-dasar yang inklusif, itu yang paling penting,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan permohonan itu di sini.

Pada masa sama, Syed Saddiq berkata, struktur parti itu akan diumumkan dari masa ke semasa.

Beliau berkata, Muda mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk menyertai parti itu jika mereka merasakan ada keperluan untuk beranjak daripada politik masa lampau, politik balas dendam dan perpecahan selain membawa pembaharuan kepada politik negara.

Katanya, ketika ini sudah ramai yang menghubunginya serta 12 lagi individu menyertai ahli penaja Muda.

Syed Saddiq berkata, antara individu yang menjadi penaja kepada Muda termasuk pemimpin pelajar Afiqah Zulkifli; ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Radzi Tajuddin serta Setiausaha Liga Demokratik Rakyat, Amir Abd Hadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");