Perak Hari Ini

Parti Untuk Golongan Muda Akan Beri Impak, Naratif Baru Pada Politik Negara – Mahasiswa

IPOH: Gerakan parti baru yang dipelopori oleh orang muda seperti diumumkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Rahman baru-baru akan memberi impak kepada senario politik tanah air.

Ketua Sayap Mahasiswa Angkatan Gerak Minda Malaysia (AGRA), Mohd Imran Tuah, berkata kewujudan parti yang memfokuskan kepada agenda belia nyata akan menarik minat khususnya kepada 7 juta pengundi muda pada pilihanraya yang akan datang.

“Jumlah 7 juta pengundi baru ini tidak boleh dipandang ringan kerana mereka ini lah sebahagian besar yang akan mengundi nanti.

“Apabila mereka mengundi kelak mereka sudah tentu akan lebih tertarik kepada calon dalam kalangan orang muda,” katanya kepada PerakToday, di sini, hari ini.

Tambahnya kewujudan parti politik tersebut turut akan memberi naratif baru kepada suara anak-anak muda di negara yang ada kalanya kurang diberi perhatian.

Jelasnya kewujudan parti tersebut dilihat mungkin akan memberi ruang sepenuhnya dalam menyuarakan beberapa agenda penting membabitkan golongan muda.

Katanya parti yang sedia ada di negara ini dilihat seolah-olah tidak terlalu mengetengahkan golongan muda yang ada dalam parti masing-masing.

“Misalnya semasa Pemilihan Presiden UMNO lalu menyaksikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut bertanding dalam pemilihan itu.

“Akan tetapi beliau kalah. Namun sebaliknya jika dilihat pada pandangan warganet dan pemerhati politik yang mahukan perubahan dalam UMNO, mereka mahukan calon muda,” katanya.

Ujarnya lagi barisan kepimpinan tertinggi parti-parti dalam negara ini pula majoritinya dibarisi golongan berusia dan adakalanya tidak melibatkan golongan sayap pemuda secara terus dalam menentukan sesatu dasar atau keputusan parti.

Dalam pada itu, Mohd Imran berharap agar parti baharu yang akan ditubuhkan Syed Saddiq itu akan kekal berada di blok kuasa ketiga dan tidak menyertai sama ada gabungan Perikatan Nasional ataupun Pakatan Harapan.

Namun Mohd Imran juga berharap agar parti itu dapat berada dalam satu gabungan parti baharu bersama-sama Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) untuk memberi bimbingan kepada parti untuk golongan muda tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");