Panasnya Hari Ini
Like

Pas Saran Pemimpin BN, PN Sepakat Untuk Menang Berpasukan

September 16, 2020
159 Views
0 Comments
1 minute read
Pas Saran Pemimpin BN, PN Sepakat Untuk Menang Berpasukan

KOTA KINABALU – Pas menasihatkan agar pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berbincang untuk  mencapai kesepakatan  memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah secara berpasukan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bukan hanya menang tipis tetapi mengalahkan Parti Warisan Sabah (Warisan) memerlukan dua pertiga majoriti agar kedudukan kerajaan baharu nanti lebih kukuh daripada sebelum ini.

Menurutnya, kekuatan kerajaan akan menjaminkan kestabilan politik yang berpanjangan.

“Kita mesti muafakat, kita mesti menguasai dua pertiga majoriti di Sabah jadi kita perlu duduk berbincang. Masing-masing sudah hantar calon tapi tak apa nak tarik balik pencalonan tidak boleh.

“Oleh kerana itu pimpinan parti perlu duduk bersama dan tengok kekuatan DUN ini kekuatan mana rakan kita boleh mencapai kemenangan dan,” katanya ketika berucap di Program Ramah Mesra bersama Pengarah PRN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan calon-calon BN dari DUN Karambunai dan Darau iaitu Datuk Yakubah Khan dan Datuk Jumat Idris hari ini.

Kesepakatan pada akhirnya jelas Tuan Ibrahim, tidak akan memecah undi kerana ia dibuat berdasarkan kemenangan rakan-rakan sekutu dalam BN atau PN dibuat secara sukarela berasaskan kekuatan masing-masing.

“Waktu itu kita solid sepakat tidak boleh pecah undi kalau pecah undi kita bimbang kita gagal mencapai kemenangan. Walau hakikatnya kalau kita gabung parti-parti kita boleh capai kemenangan besar,” tambahnya.

Tuan Ibrahim selain itu menambah, sesiapa pun yang akan mengetuaii pentadbiran kerajaan Sabah harus mempunyai hala tuju yang jelas agar matlamat membangunkan negeri berkenaan dapat dicapai. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat

Comments are closed.