Perak Hari Ini

‘Patuhi SOP Kekang COVID-19, Jangan Sia-siakan Pengorbanan Penjawat Awam’ – CUEPACS

IPOH: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta agar rakyat tidak alpa dapat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19 di negara ini.

Presiden CUEPACS, Adnan Mat berkata ia supaya segala pengorbanan yang dilakukan petugas barisan hadapan khususnya dalam sektor perkhidmatan awam.

“Jangan sia-siakan peranan kami selaku petugas barisan hadapan selama ini dengan kealpaan rakyat. Jadi kami meminta agar semua rakyat dapat mematuhi kembali SOP dengan tidak memberi peluang kepada diri untuk tidak terdedah pada penularan wabak tersebut,” katanya.

 

Ujarnya lagi sekiranya rakyat tidak lagi mengendahkan SOP berkenaan keadaan akan bertambah buruk sekiranya kerajaan kembali mengetatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semula.

“Jika berlaku kembali PKP kalu kedua, sudah tentu ia akan menjejaskan sektor-sektor lain di luar sana. CUEPACS memohon sekali lagi agar semua pihak dapat menghargai usaha petugas barisan hadapan awam dan jangan bebankan kami dengan kealpaan semua,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Pemantapan Integriti Penjawat Awam Dan Isu-isu Semasa di Bangunan Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) di Meru Raya, di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah JPNPk, Datuk Mohamed Zin Yusop.

Untuk rekod kes COVID-19 kembali mencatatkan tiga angka pada 8 September dengan 100 kes dan semalam Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sebanyak 115 kes penularan wabak tersebut dicatatkan.

Dalam pada itu, Adnan mengulangi permintaan agar kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan bagi kadar gaji minimum baharu penjawat awam dapat diperkenalkan dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan bulan depan.

Beliau turut mengusulkan kepada kerajaan bagi cadangan pemberian bonus secara bulanan dan bukannya bantuan khas kewangan sebagaimana pada tahun-tahun sebelumnya.

“Kami meminta ihsan Perdana Menteri bagi cadangan pemberian bonus tersebut. Ini kerana walaupun kerajaan telah bertukar tiga kali, kami tetap menjalankan tugas tanpa masalah.

“Ketika dunia dan negara dilanda wabak COVID-19, kami juga kekal menjalankan tugas kami sebagaimana yang dikehendaki kerajaan.

“Malah rekod terbaik kerajaan dalam menguruskan penularan wabak itu sehingga mendapat pengiktirafan di peringkat dunia juga lahir daripada pengorbanan penjawat awam,” ujarnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");