Perak Hari Ini

Peluang Berkarya Melalui Seni Bunyi Oleh Kamal Sabran

EKSPERIMENTAL muzik atau seni bunyi memberi peluang kepada seniman muzik, Kamal Sabran dalam menghasilkan karya melalui bunyi di mana ianya dilihat berbeza kerana menggunakan bahan dengan nilai sentimental yang tinggi.

Beliau yang juga seorang Pensyarah di Pusat Pengajian Seni dari Universiti Sains Malaysia (USM), mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik sejak dialam remajanya sehinggakan beliau mula menerokai bidang tersebut.

Pernah juga menceburkan diri menerusi cabang reka bentuk grafik kemudian bertukar kepada bidang seni lukisan di mana beliau telah dua kali mengadakan pameran solo namun, menurut beliau ianya tidak memberi kepuasan dalam berkarya.

“Asalnya saya lulusan dari Kolej Seni di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 1999 dan menyambung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Reka Bentuk Grafik kemudian berkerja sekejap dalam bidang tersebut tetapi dalam masa yang sama saya rasa design tak mencapai hasrat saya untuk jdi seorang fine artist.

“Jadi saya mula berhenti sebagai grafik design dan saya mula dengan melukis di mana saya pernah buat dua solo exhibition, group show dan sebagainya, tetapi selepas tahun 2008, saya rasa visual art atau melukis tak menarik lagi. Jadi saya cari sesuatu yang saya passion yang saya minat which is muzik daripada awal.

Menurut Kamal, beliau mula memikirkan semula minat yang mendalam terhadap muzik di mana beliau memikirkan bahawa muzik dapat dioleh dalam pelbagai karya.

“Turning pointnya apabila saya rasakan, visual art tidak lagi memberi keseronokkan kepada saya untuk berkarya dan juga saya fikir media artlah (seni media) saya rasakan genre terkini untuk saya terokai kerana saya fikir itu adalah cara kontemporari dan medium ataupun gaya terkini,” katanya.

Pengalaman manis sebagai seniman Seni Bunyi.

Katanya, dalam menjadi seorang seniman yang menghasilkan seni bunyi sudah tentulah mempunyai banyak pengalaman manis tetapi tidak kurang juga pengalaman yang kurang manis sepanjang kerjaya bersama Space Gambus Experiment.

“Banyak! yang seronok tu banyak tetapi yang tak seronok lagi banyak sebenarnya, tapi antara yang saya rasa yang menarik adalah apabila saya dapat berkerjasama dengan ramai penggiat seni yang lain bukan sahaja pemuzik tetapi pembikin filem contohnya pada tahun 2010 saya berkerja dengan ramai pembikin filem seperti Mamat Khalid, di mana saya dijemput untuk membuat sound track untuk filem beliau iaitu filem Lebuh Raya Ke Neraka.

“Paling menarik adalah kerjasama dengan Shanjhey Kumar Perumal menerusi filem Jagat filem di dalam Bahasa Tamil yang mana filem tersebut memenangi Filem Malaysia Terbaik pada tahun 2016,” katanya.

Ujar beliau, menerusi pencapaian dan pengalaman tersebut, beliau melihat seni bunyi itu sebenarnya telah membuka peluang untuk beliau mula berkolaborasi bersama seniman luar.

Studio di rumah

Kamal Sabran telah membina sebuah studio di belakang rumah beliau yang terletak Jalan Madrasah Ipoh yang mana studio tersebut hampir dipenuhi dengan barang-barang klasik yang mana kebanyakkannya dibeli di Pasar Loken.

“Saya suka benda-benda yang rosak, benda yang orang anggap tiada nilai tetapi saya suka benda sebegitu dan apa yang dilihat adalah alat yang saya gunakan untuk buat muzik dan kebanyakkan alat-alat ini bukanlah alat moden, tetapi alat yang dibuat pada tahun 60-an 70-an.

“Saya tidak menggunakan komputer, saya cuba elakkan dari menggunakan software sebabnya software senang. Bila dia senang kita takda cabaran untuk buat.

“Ada orang panggil vintage ada orang cakap instrumen itu dah agak ‘Old School’ dan bila kita menerokai barang-barang macam ni, muzik yang dihasilkan secara automatik akan jadi berbeza sebab ianya tidak berbunya komputer.

“Saya nak elak bunyi yang sempurna dan saya taknak kesempurnaan, kalau boleh saya nak spontaniti kekal dengan ketidaksempurnaannya,” katanya.

Dalam memberikan makna kesempurnaan, beliau menganggap bahawa ianya sesuatu yang membosankan di mana beliau lebih fokus kepada cabaran dalam berkarya.

“Semua orang nak jadi perfect, maknanya semua orang nak jadi boring. Perfection akan menyebabkan semua orang standard iaitu semua orang jadi sama, sama is boring, jadi apa yang saya buat contrading (bertenyangan).

“Dengan alat-alat macam ni, oleh kerana ianya tak sempurna dan sebagainya, dan tempat rakaman saya juga dalam keadaan yang bukan ‘Studio Standard’, apabila kita melawan arus, kita cipta sesuatu yang berkemungkinan janggal dan agak aneh dari kebiasaan.

“Itu lah yang saya nak capai sebenarnya. Dalam ini, sound sampling ini ada pelbagai bunyi seperti kapla, dan saya ada drum. Kebanyakkan bunyi yang saya akan bawa ke pertunjukkan lansung.

Beliau memperkenalkan beberapa alatan yang beliau gunakan bagi menghasilkan bunyi antaranya adalah ‘tape’ dan ‘sound sampling.

“‘Tape’ memang susah untuk dikawal tetapi dengan cabaran itulah menyebabkan kita boleh dorong kreativiti untuk menghasilkan sesuatu.

“Kalau tgok di sini, alat ini saya rasa pada tahun 70-an tapi saya dapat dari kedai ‘second hand’ dan aat ini asalnya untuk sukat gelombang dan bila dalam muzik macam ni saya tahu dimana ada bunyi drum yang saya rakam dan saya boleh mainkan. Ini dipanggil ‘sound sampling’ di mana ianya dibuat pada tahun 80-an, jadi ianya sudah tiada di pasaran,” katanya.

Tambah beliau lagi, studio tersebut turut menjadi kawasan kunjungan artis dari pelbagai negara seperti Jepun, German, Rusia yang mana akan datang ke situ pada setiap tahun untuk buat satu program iaitu ‘Bunyi Sunyi’.

Kelainan seni bunyi dan inspirasi

Menurut Kamal, setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza-beza malahan muzik juga terdapat kepelbagaian di mana beliau menggunakan peluang tersebut untuk mencabar dirinya.

“Dalam muzik perlu ada kepelbagaian, cuma sama ada orang minat sesuatau menu terpulang kepada individu tetapi kita sebagai pengkarya perlu cabar diri sendiri dan masyarakat dengan menghasilkan katya-karya yang baru supaya kita cipta satu nilai baru dan daripada situ barulah kita berikan pilihan kepada orang lain

“Takkan kita nak paksa setiap orang dengar apa yang kita suka, sebagai pengkarya kita perlu come out dengan idea yang di luar kotak, baru lah sesuatu karya itu ada nilainya,” katanya.

Minat beliau dalam bidang ini adalah inspirasi dari seniman tempatan tetapi banyak yang beliau gemar datangnya dari barat dan timur.

“Barat mungkin John Cage, beliau sound artis atau pemuzik experimental di US dan di Timur saya banyak terfikir tentang kita punya budaya contohnya alat instrumen kita yang saya fikir sebenarnya lebih maju dari apa yang ada di Barat contohnya gambus.

“Dari situ saya cuba untuk teroka dengan lebih dalam tentang alat-alat muzik melayu dan saya jadikannya moden compositions (gubahan) dalam karya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");