Berita Hari Ini

Penduduk Bimbang Air Sungai Perak Naik

PASIR SALAK: Penduduk beberapa buah kampung berhampiran Sungai Perak di sini bimbang penempatan mereka mungkin dilanda banjir berikutan air Sungai Perak semakin naik beberapa hari lalu.

Penduduk berkata, jika aras Sungai Perak terus mencatat peningkatan, tidak mustahil banjir besar yang berlaku pada tahun 2014 boleh berulang.

Seorang penduduk Kampung Kepala Pulau, Kampung Gajah di sini,  Muhammad Ghazali Haramaini berkata, aras air Sungai Perak mulai naik sejak tiga dan empat hari lalu ekoran musim tengkujuh.

Menurutnya, banjir yang melanda kawasan hulu kawasan Sungai Perak iaitu di Kuala Kangsar menambahkan lagi kebimbangan penduduk memetik Utusan Online.

“Melihatkan keadaan paras air Sungai Perak penduduk Kampung Gajah terutama yang tinggal berdekatan sungai teringatkan banjir besar pada tahun 2014.

“Banjir ketika itu menyebabkan kemusnahan besar terutama tanaman durian dan tanaman kontan  lain.

 “Buat masa ini paras air masih tidak melimpahi tebing namun kami risau jika hujan lebat terutama di hulu sungai,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, penduduk juga bimbang air sungai mungkin melimpah ke kawasan rendah disebabkan kelubung air yang dibina pada tebatan banjir di sini sudah rosak dan tidak ditutup.

“Keadaan kelubung air itu akan menyebabkan air sungai lebih cepat masuk ke kawasan rendah, jadi kami harap pihak yang berkenaan dapat melihat perkara ini,” katanya. – UTUSAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");