Membawang Hari Ini

Penyanyi Sandra Dianne Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Penyanyi Sandra Dianne meninggal dunia awal pagi tadi selepas dilapor tidak sedarkan diri setelah terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) pada Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Supt Azman Shariat berkata peserta program realiti Big Stage 2020 itu dilaporkan meninggal dunia kira-kira 1 pagi tadi.

“Kami menerima panggilan dari Hospital Putrajaya bahawa mangsa disahkan meninggal dunia dan kes diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya kepada Bernama.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang pada Sabtu lepas, Sandra yang popular dengan lagu ‘Hey! Kau’ terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan mengikuti latihan konsert minggu keempat Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Media melaporkan kereta dipandu Sandra, 26, dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar sisi kiri sebuah kereta lain di hadapannya.

Susulan kemalangan itu, penyanyi berasal dari Sabah itu mengalami kecederaan di kepala serta dilaporkan tidak sedarkan diri dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Putrajaya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");