Sukan Hari Ini
Like

Perak Bison Muncul Juara Piala Sumbangsih

September 19, 2020
421 Views
0 Comments
1 minute read
Perak Bison Muncul Juara Piala Sumbangsih

KUALA LUMPUR: Penyandang juara Liga Sepak Takraw (STL) Divisyen Premier, Perak Bison membuktikan keunggulan mereka selepas menundukkan Selangor Piston dalam aksi Piala Sumbangsih di Stadium Titiwangsa, di sini malam tadi.

Sinar Harian melaporkan Perak Bison yang mengandingkan Fadzil Mustapa, Azwan Muhrim dan Meor Zulfikar Mat Amin selaku tekong nyata bukan tandingan selepas mudah menewaskan juara Divisyen Satu tahun lalu itu 21-11, 21-14.

Pengurus Perak Bison, Mohd Jaffrey Mohd Zainol berkata, kemenangan itu hasil persembahan konsisten dan permainan cemerlang pemainnya dalam perlawanan itu.

“Perlawanan ini kita konsisten dalam setiap set selain Selango Piston juga banyak membuka ruang untuk kita menembusi pertahanan mereka.

“Kita pernah menentang mereka dalam aksi persahabatan sebelum ini dan telah mengkaji corak permainan mereka.

“Secara teknikal kita tengokk kelemahan di sebelah kiri dan kita minta tekong untuk sasarkan ke bahagian tersebut untuk meraih mata,” katanya kepada Sinar Harian selepas tamat perlawanan.

Dalam pada itu, Mohd Jaffrey menyasarkan kemenangan dalam dua aksi Divisyen Premier menentang PDRM Defenders, esok dan Johor Tigris pada Ahad.

“Sasaran kita seterusnya sudah tentu untuk mendapatkan mata penuh dalam dua perlawanan akan datang ini.

“Kalau kita lihat kesemua 10 pasukan sudah melakukan rombakan besar dan kita tidak tahu sejauh mana kemampuan mereka. Jadi, kita perlu berjaga-jaga dengan kemampuan kesemua pasukan musim ini,” katanya.

Komen & Pendapat

Comments are closed.