Sukan Hari Ini

Piala Suzuki AFF Berlangsung April 2021

KUALA LUMPUR – Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) mengumumkan tarikh baharu penganjuran Piala Suzuki AFF 2020 dari 11 April hingga 8 Mei tahun depan selepas ia terpaksa ditunda kerana wabak pandemik Covid-19.

Presiden AFF, Mejar Jeneral Khiev Sameth dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya gembira dengan sokongan positif daripada ahli-ahli gabungan bagi mendapatkan tarikh sesuai penganjuran kejohanan itu pada tahun depan.

“Kami tetap optimis Piala Suzuki AFF 2020 akan berlangsung dengan format penuh pertandingan walaupun semua sedia maklum bahawa pandemik (Covid-19) masih belum berakhir.

“AFF berharap pengumuman tarikh ini akan memudahkan segala perancangan buat semua pihak terutama rakan-rakan komersial kami termasuk pihak penaja dan media penyiaran.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan dan komitmen dalam tempoh mencabar ketika ini. Kami tidak sabar untuk menyaksikan saingan Piala Suzuki AFF kembali semula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai rekod, Piala Suzuki AFF 2020 sepatutnya berlangsung pada November dan Disember tahun ini tetapi ditunda ke 2021 dalam usaha menggunakan format penuh pertandingan iaitu perlawanan di tempat sendiri dan gelanggang lawan. – K! ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");