Berita Hari Ini

PM Beri Gambaran PRU-15 Diawalkan

KOTA BELUD – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan bayangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) mungkin diawalkan sekiranya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“PRN Sabah dilihat sebagai penentu masa depan negara, terutamanya rakyat Sabah. Bagaimanapun, kita belum putuskan di peringkat nasional bila mahu adakan pilihan raya namun kalau kita sudah menang di Sabah, cepat-cepatlah kita adakan pilihan raya di peringkat pusat.

“Perkara paling penting adalah PRN Sabah ini. Ia adalah isyarat sama ada kita mampu memperoleh sokongan rakyat bagi Perikatan Nasional (PN) atau rakyat mahu saya menjadi Perdana Menteri kerana kita mahu Malaysia bergerak maju ke hadapan dan berjaya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri hari ini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, calon PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan, Fairuz Renddan dan calon Barisan Nasional (BN) DUN Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Dalam pada itu, Muhyiddin dalam ucapannya berkata, rakyat Sabah harus memastikan kemenangan GPS pada PRN Sabah agar kerajaan negeri tetap sehaluan bersama kerajaan pusat memetik Kosmo Online.

Beliau berkata, sekiranya ada pilihan membentuk kerajaan baharu, rakyat tidak seharusnya memilih Parti Warisan Sabah (Warisan) kerana Pakatan Harapan (PH) sudah tiada dan tidak lagi memerintah negara. – K! ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");