Perak Hari Ini

Polis Buru Sindiket Pinjam Wang Dari Singapura

IPOH- Sebuah rumah disimbah cat berwarna merah sebanyak tiga kali angkara membuat punjaman wang dengan sindiket ceti haram dari Singapura.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian berlaku selepas salah seorang ahli keluarga pengadu telah membuat pinjaman wang daripada pemberi pinjam wang tanpa lesen di Singapura.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati pada tahun 2018, salah seorang ahli keluarga pengadu telah membuat pinjaman wang sebanyak SGD2,000 daripada pemberi pinjam wang tanpa lesen di Singapura dan keluarga pengadu di Malaysia masih diganggu walaupun bayaran pinjaman telah dijelaskan sebanyak SGD3,500.

“Satu laporan polis berkenaan pinjaman wang juga telah dibuat oleh ahli keluarga pengadu di Singapura manakala satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang Tanpa Lesen 1951 / Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Katanya, pihak polis memandang serius terhadap kes-kes sebegini dan telah mengenalpasti identiti suspek yang merupakan pemilik akaun bank dalam kes ini.

“Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ipoh sedang giat mengesan dan menangkap kesemua suspek yang terlibat.

“Polis ipoh ingin memberi amaran keras kepada kumpulan- kumpulan penjenayah yang bertanggungjawab terhadap perlakuan ugutan-ugutan tersebut bahawa polis ipoh tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan rakyat dan akan mengambil tindakan tegas termasuk undang-undang pencegahan (POCO) terhadap mana-mana pihak yang melakukan kes-kes tersebut,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");