Perak Hari Ini

Portal SPRM Versi Mandarin Satu Penghinaan Kepada Bahasa Kebangsaan- Ketua Armada Tg Malim

IPOH- Pelancaran portal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam Mandarin dikatakan menghina Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan memandangkan ianya melibatkan urusan rasmi kerajaan.

Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tanjung Malim, Azirul Syafiq Sazali berkata, beliau mahu pihak SPRM mengkaji semula perlaksaan tersebut.

“Armada Tanjung Malim menggesa agar SPRM mengkaji semula penggunaan bahasa Cina di dalam portal rasmi yang dikeluarkan baru-baru ini.

“Ianya jelas merupakan satu penghinaan terhadap Bahasa Kebangsaan yang menjadi kebanggaan seluruh Rakyat dalam negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, tindakan ini juga pasti akan mengundang pertikaian daripada kaum lain memandangkan di Malaysia terdapat banyak bangsa lain.

“Akibat penggunaan Bahasa Cina di portal rasmi SPRM sudah tentu lebih banyak bangsa lain seperti India, Dayak, Iban dan yang lain akan menuntut penggunaan Bahasa Mereka supaya lebih adil dan saksama di dalam portal rasmi SPRM pada masa akan datang.

“Tindakan ini amat tidak wajar malah perlu dihentikan kerana seluruh rakyat di dalam negara membantah serta memberikan reaksi kurang senang terhadap kerajaan,” katanya.

Menurut beliau, dalam Artikel 152 (1) (a) perlembagaan Persekutuan telah menjelaskan bahawa bahasa melayu perlu digunakan bagi urusan rasmi kerajaan.

“Tindakan Pihak SPRM secara tidak langsung menjadikan Bahasa Kebangsaan tidak dinilai sebagai bahasa yang menjadi tanggungjawab setiap warganegara memahami apatah lagi fasih di dalam bahasa Melayu.

“SPRM juga perlu mencontohi Negara Indonesia yang sentiasa mengagungkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sedangkan Rakyat di Negara Indonesia jauh lebih banyak yang berlainan bangsa dan agama berbanding Malaysia.

“Ini merupakan satu contoh yang tegas dan berpendirian Kerajaan Indonesia apabila melibatkan penggunaan Bahasa Rasmi di dalam sebuah Negara,” katanya.

Terdahulu, SPRM melancarkan portal dalam bahasa Mandarin dengan tujuan bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat mengenai pencegahan rasuah dan perkara berkaitan suruhanjaya itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");