Panasnya Hari Ini
Like

Poster Palsu Angkat Sumpah PM Ke-9

September 24, 2020
454 Views
0 Comments
59 seconds read
Poster Palsu Angkat Sumpah PM Ke-9

KUALA LUMPUR- Angkatan Muda Keadilan (AMK) memaklumkan penyebaran sebuah poster upacara mengangkat sumpah Perdana Menteri ke-9 yang menggunakan logo dengan tulisan ‘AMK’ adalah palsu.

Setiausaha AMK Malaysia, Ahmad Syukri Razab berkata, logo yang digunakan bukan logo rasmi AMK Malaysia.

“AMK menyeru agar semua pihak tidak menyebarkan poster berkenaan yang mungkin dihasilkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mengganggu proses transisi Kerajaan Persekutuan yang sedang berjalan.

“AMK menjunjung penuh kebijaksanaan Yang Di-Pertuan Agong dalam memutuskan isu pemilihan Perdana Menteri selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan berjaya memperolehi majoriti selesa bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Poster itu memaparkan gambar Anwar dan ucapan tahniah daripada AMK sempena upacara angkat sumpah Perdana Menteri ke-9. – K! ONLINE

Komen & Pendapat

Comments are closed.