Panasnya Hari Ini

PRN Sabah: Anwar Mahu PKR Diberi Ruang Seadilnya

SHAH ALAM – Jentera penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa memantapkan penyampaian maklumat dengan mengambil kira isu-isu setempat yang dekat dengan rakyat Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September depan.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka harus bekerja dan berusaha sebaik yang mungkin agar mandat rakyat dapat dipertahan dan dikembalikan kepada rakyat Sabah.

“Jentera Penerangan Keadilan merupakan yang paling strategik dan berpengalaman selain mempunyai sejarah yang panjang di Sabah.

“Justeru, orang menyokong, meragui atau membantah parti bergantung pada keupayaan mereka menerima mesej atau maklumat penerangan daripada parti,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya, sebagaimana dilaporkan Sinar Harian, hari ini.

Dalam kenyataan itu, Anwar turut memaklumkan bahawa PKR menerima anggota baharu seramai 2,000 orang.

Pada perkembangan sama, beliau berkata, satu pertemuan melibatkan kepimpinan parti bersama Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah diadakan pagi tadi bagi membincangkan mengenai pengagihan kerusi menjelang PRN Sabah nanti.

“Saya sampaikan hasrat Keadilan (PKR) selaku rakan sekutu untuk terus diberikan ruang dengan adil dan saksama sebagai parti yang mempunyai sejarah di Sabah.

“Kami juga bersetuju bahawa kesemua calon yang akan bertanding dapat bekerja sebagai satu pasukan yang mantap sekali gus kekal mengemudi Sabah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");