Panasnya Hari Ini

PRN Sabah: Keahlian Terbatal Tanding Parti Lain

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (WARISAN) menegaskan keahlian pemimpin atau ahli parti parti itu serta merta terbatal, jika didapati bertanding atas tiket parti lain atau Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ini.

Setiausaha Agung WARISAN, Datuk Loretto Padua, berkata tindakan seperti itu melanggar perlembagaan parti iaitu Fasal 7(3)3.4.

Menurut fasal itu, keahlian terhenti secara serta merta apabila seseorang itu bertanding dalam pilihan raya menentang calon parti atau tanpa kebenaran parti.

“Ketika proses penamaan calon semalam, saya dimaklumkan bahawa Ketua WARISAN Bahagian Keningau, Datuk Jake Nointin bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan sebagai calon Bebas, menentang calon WARISAN.

“Berdasarkan Fasal 7 perlembagaan parti, ini secara jelas mengatakan bahawa keahlian beliau dalam parti adalah terbatal serta merta.

“Beliau bukan lagi ahli WARISAN selepas pencalonan beliau disahkan,” katanya menerusi satu kenyataannya di sini, lapor BH Online

Selain Jake, DUN Liawan yang menyaksikan pertembungan tujuh penjuru itu turut menyaksikan calon daripada WARISAN, Rasinin Koutis selain Mazlan Abdul Latif dari Parti Cinta Sabah (PCS); Annuar Atun @ Bana, Parti Perikatan Nasional (PN); Yatin Kukung (Parti Liberal Demokratik (LDP); Daniel Kinsik, Parti Bersatu Sabah (PBS); dan Leong Chau Chu, Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).

Loretto berkata parti itu turut mengamanahkan Timbalan Ketua WARISAN Bahagian Keningau, Basal Bullah sebagai pemangku ketua bahagian.

“Selepas perbincangan dengan Presiden (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal), Basal dan kepemimpinan parti, beliau (Basal) diamanahkan sebagai pemangku ketua bajagian parti itu di Keningau,” katanya.

Selain WARISAN,DAP turut memecat serta-merta ahlinya Julius Favianus dari cawangan Liawan di Sabah, selepas mengumumkan bertanding atas tiket parti lawan dalam PRN Sabah, semalam.

Dilaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Chong Chieng Jen berkata keputusan itu dibuat selepas Favianus bertindak sebagai calon atas tiket LDP untuk kerusi DUN Bingkor, yang turut ditandingi calon DAP.

Bagi kerusi DUN Bingkor, DAP dan parti gabungannya, Warisan Plus memutuskan bahawa kerusi DUN Bingkor akan ditandingi oleh calon DAP menggunakan lambang Warisan, Peteri Saili.

DUN Bingkor menyaksikan persaingan enam penjuru.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam, menerima sebanyak 447 kertas pencalonan bagi 73 kerusi DUN yang dipertandingkan pads PRN Sabah ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");