Panasnya Hari Ini

PRN Sabah: Muhyiddin Jumpa Pimpinan Tertinggi PN, BN

KOTA KINABALU: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan tertutup bersama pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) di sini, hari ini.

BH Online melaporkan Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) merangkap Pengerusi PN tiba di Magellan Sutera pada jam 10.30 pagi diiringi pemimpin kanan parti komponen PN dan BN.

Pertemuan tertutup itu dipercayai mempunyai kaitan dengan proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah esok.

Antara pemimpin kanan parti politik yang hadir ialah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi PN yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan; dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Turut kelihatan, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee; Pengerusi BERSATU Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor; Pengerusi MCA Sabah, Lu Yen Tung,

Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Radin Malih dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Kurup, juga menghadiri pertemuan itu.

Petang ini, Muhyiddin dijangka menghadiri beberapa program iaitu Majlis Perjumpaan bersama warga universiti awam (UA) Sabah serta Penyampaian Tawaran Program Dermasiswa My Brighter Futere (MyBF) Yayasan Tenaga Nasional bertempat di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Beliau turut dijadual menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk setempat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Keramat, Putatan, dekat sini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");