Panasnya Hari Ini

PRN: Yakin Penyokong PAS Undi Calon Gabungan Rakyat Sabah

KOTA KINABALU: PAS yakin penyokong parti itu akan mengundi calon daripada parti yang menyertai Gabungan Rakyat Sabah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung 26 September ini.

BH Online melaporkan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata ahli PAS seluruh Sabah sudah menyatakan sokongan kepada gabungan tersebut.

“Malam ini kami menghimpunkan lebih kurang 500 petugas seluruh Sabah, menyatakan komitmen kami dari seluruh jentera PAS menyatakan sokongan kepada Gabungan Rakyat Sabah.

“Oleh itu, dengan sokongan ini kita yakin pengundi yang memberi undi pada PAS sebelum ini di seluruh Sabah akan memberikan undi mereka kepada calon yang mewakili blok dalam gabungan terbabit.

“Petugas parti, selain daripada Sabah juga turun ke sini turut membantu dalam menggerakkan jentera bagi memastikan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media dalam program Himpunan Perdana Jentera Pilihanraya PAS Sabah bertempat di Raia Hotel, di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pemuda PAS Pusat, Kharil Nizam Khirudin, Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling dan Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan.

Tuan Ibrahim turut menjelaskan yang tidak timbul isu kecewa berikutan PAS tidak meletakkan calon dalam PRN Sabah kali ini.

“Soal kecewa itu tak timbul dan kita telah pun jelaskan dalam kenyataan kita sebelum ini malah kita melihat kepada suatu aspek yang lebih besar.

“Sebagai contoh bila PAS tak bertanding, yang nampak riuh adalah pembangkang. Sepatutnya bila pembangkang tak bertanding mereka sujud syukur, sebab PAS tak bertanding.

“Tapi kenapa mereka menyerang PAS? Jawapannya ialah kerana mereka mahukan perpecahan pengundi. Kalau PAS masuk, pengundi akan berpecah jadi itu akan beri kemenangan kepada mereka

“Jadi sebab itu saya tegaskan bahawa kita tidak masuk dalam perangkap yang mereka pasang dan sebaliknya kita menyusun strategi bersama.

“Kita yakin di sebalik kesabaran ahli parti, petugas kita, ada kejayaan besar, sama ada dalam konteks muafakat ataupun dalam jangka masa panjang politik Sabah,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan PAS tetap menggerakkan jentera pilihan raya atas kapasiti tidak bertanding untuk memastikan semua pengundi keluar menyokong calon Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata perkara itu selaras kenyataan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang menjelaskan bahawa PAS tidak bertanding demi memberikan laluan kepada gabungan parti disertainya pada PRN Sabah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");