Perak Hari Ini

Ramai Bersesak Keluar Dari Tol Alor Setar Selatan Semalam, Polis Harap Mereka Negatif Covid-19

IPOH- Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengulangi pendekatan supaya rakyat tidak panik apabila kerajaan mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) petadbiran.

Semalam, satu videa telah tular di laman sosial Facebook di mana Plaza Tol Alor Setar Selatan memperlihatkan keadaan yang sesak teruk akibat ramai yang keluar dari daerah itu.

Abdul Hamid menyeru supaya orang ramai untuk terus tidak bersikap mementingkan diri sendiri dan memberikan ruang dan peluang kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mencapai tahap kepada zero kes untuk negara kita.

“Jadi sekali lagi saya ulang, kalau betul lah ada video, saya lihat kereta bersusun keluar. Mungkin mereka nak keluar pasal ini nak hari jumaat ya. Untuk weekand mana kita tahu.

“Saya harapkan tiadalah diantara mereka balik atau yang keluar dari Alor Setar tersebut kalau berlaku semalam mereka yang tidak bergejala tetapi positif janganlah ada sebab risikonya apabila balik ke kampung ada membawa ke sana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil pengiktirafan Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) PDRM sebagai ‘Approved Training Organisation – Flight Training Organisation’ (ATO-FTO) dan ‘Approved Training Organisation – Type Rating Training Organisation’ (ATO-TRTO) oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) di PLPGU Ipoh di sini, hari ini.

Katanya, situasi sebegini berlaku sama seperti sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama dulu

“PKP dulu, sewaktu balai polis diserbu oleh orang ramai walaupun perintah untuk mengenakan mereka mengisi borang itu adalah mengikut SOP, tetapi orang panik walaupun nasihat telah diberikan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");