Berita Hari Ini

Rasuah: SRPM Tahan Inspektor, Dua Koperal

ALOR SETAR – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor dan dua anggota berpangkat koperal direman selama seminggu bagi membantu siasatan kerana dipercayai menerima rasuah sebanyak RM7,800 daripada seorang lelaki disyaki pengedar dadah, Julai lalu.

Kesemua anggota berusia 33 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada jam 1 pagi tadi.

Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata anggota polis berkenaan dipercayai meminta suapan sebanyak RM8,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan tangkapan terhadap pengadu yang didakwa pengedar dadah.

“Mereka (polis) menggeledah rumah pengadu pada 16 Julai lalu namun tiada dadah ditemukan dan salah seorang anggota polis meminta RM8,000 daripada pengadu. Anggota tersebut mengambil RM3,800 daripada pengadu manakala baki RM4,000 diambil semalam,” katanya, dalam kenyataan di sini, hari ini, lapor Bernama.

Katanya, suspek juga didakwa turut meminta wang secara bulanan sebanyak RM6,000 daripada pengadu agar tidak dikenakan tindakan yang sama pada bulan seterusnya.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 14 Sept dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Alor Setar, Noor Liyana Abd Rahim

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");