Berita Hari Ini
Like

Sabah saksi kes jangkitan Covid-19 meningkat

September 26, 2020
243 Views
0 Comments
1 minute read
Sabah saksi kes jangkitan Covid-19 meningkat

SABAH terus mencatat lonjakan jangkitan Covid-19 selepas negeri di bawah bayu itu menyumbang 64 dari 82 kes baharu yang dilaporkan dalam tempoh 24 lalu.

Sabah memiliki empat zon merah Covid-19 – Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna – kesemua kluster tersebut diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham semalam.

Hari ini beliau berkata bahawa dari 82 jangkitan baharu, 79 daripada jumlah jangkitan tersebut adalah penularan tempatan.

Sebelas pesakit yang didapati positif berada di kawasan berisiko tinggi, tambahnya lagi.

Warga tempatan menyumbang 53 kes yang ditularkan secara tempatan sementara 26 yang lain adalah warga asing.

Kes-kes harian yang meningkat beberapa hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat ke angka 10,769, dan sebanyak 851 daripadanya adalah kes aktif.

Lapan pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan empat pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 89 kes pulih dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes pemulihan dari wabak itu sebanyak 9,785.

Tidak ada kematian baharu dilaporkan hari ini, menjadikan angka kematian masih di angka 133 orang.

Komen & Pendapat

Comments are closed.