Panasnya Hari Ini

Saya Mahu Berdebat Tapi Jangan Buang Masa – Shafie Apdal

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hanya mahu memberi fokus kepada pengundi.

Jelasnya, beliau melihat tiada keperluan untuk berdebat kerana fokus pilihanraya adalah untuk bertemu pengundi.

“Mereka boleh adakan debat tapi saya mahu bertemu pengundi dan sekarang bukan masanya.

“Dia dulu bersama Pakatan Harapan tetapi dia melompat keluar dan dia ibarat seperti katak,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan yang dibuat Datuk Seri Mohamad Azmin Ali pada Selasa yang mencabar Shafie untuk berdebat dengan Calon Kerusi N.12 Sulaman, Datuk Hajiji Mohd Noor lapor Astro Awani.

Azmin dikatakan mengeluarkan kenyataan tersebut ketika mengadakan lawatan di daerah Tuaran dan bertemu Hajiji yang sedang dalam rangka berkempen.

Azmin turut menjelaskan bahawa Hajiji adalah calon Ketua Menteri yang patut diundi rakyat Sabah kerana kredibiliti beliau selaku pemimpin sambil menyifatkannya sebagai calon yang ‘kuat dan bersih’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");