Panasnya Hari Ini

‘Saya Tidak Hina Pasukan Keselamatan’ – Mohamaddin

LAHAD DATU- Calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Mohamaddin Ketapi berkata beliau tidak melihat keperluan untuk meminta maaf kerana tidak menghina pasukan keselamatan berhubung insiden pencerobohan anasir luar di Tandou, Lahad Datu pada 2013.

Beliau berkata isu yang dibangkitkan pada kempen di Kampung Wawasan semalam itu sebenarnya mengenai kegagalan Barisan Nasional (BN) sewaktu menjadi kerajaan untuk memantapkan aset pertahanan di sempadan negara sehingga memungkinkan berlaku kejadian pencerobohan Kampung Tanduo.

“Saya ingin menjelaskan di sini bahawa kenyataan saya semasa kempen disalahertikan dan diputar belit oleh orang yang tidak  bertanggungjawab, yang tidak faham dan mengerti apa yang saya cakap, kerana tidak pernah sama sekali saya memperkecilkan apa lagi menghina anggota keselamatan kita.

“Dalam perkara ini tidak ada perlu untuk kita cakap minta maaf, jika tidak hina orang, tidak perlu, saya tidak akun (mengaku) salah, tetapi supaya keadaan tidak berpanjangan dan perlu untuk saya minta maaf, perkara ini bukan besar, jadi saya ingin mohon maaf jika video ditularkan dengan niat jahat tersebut mengguris hati anggota keselamatan keseluruhannya,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat Warisan, di sini, hari ini.

Terdahulu video berdurasi satu minit sembilan saat berkaitan ucapan Mohamaddin iaitu calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama itu, juga Anggota Parlimen Lahad Datu, tular di media sosial.

Mohamaddin berkata seharusnya video tersebut dimainkan sepenuhnya dan tidak dirujuk untuk satu bahagian sahaja.

Dalam sidang media itu juga, Mohamaddin berasa hairan apabila kes positif COVID-19 di Lahad Datu melonjak ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diadakan.

“Sebelum ini tidak sampai 60 kes pun, ‘Don’t tell me election bring COVID (Jangan kata pilihan raya membawa COVID), cerita yang betul, buat kerja yang betul, jangan kasi takut-takut orang Sabah,” katanya yang turut meramalkan selepas 27 dan 28 Sept nanti kes pandemik itu menjadi ‘kosong’.

Menurutnya, COVID-19 adalah isu penting dan jangan dipermainkan.

PRN Sabah menyaksikan 391 calon dan 56 calon Bebas bertanding merebut 73 kerusi DUN termasuk 13 yang baharu diwartakan tahun lalu.

PRN Sabah diadakan Sabtu ini berikutan pembubaran DUN JUlai lalu.-Bernam

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");