Perak Hari Ini

Sebarang Aktiviti Berbasikal Secara Berkumpulan Perlu Maklumkan Kepada Polis

IPOH: Tidak kira sama ada dalam kelompok besar mahupun kecil, penunggang basikal secara berkumpulan perlu melaporkan aktiviti berkenaan kepada pihak polis.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng berkata, laporan dibuat bertujuan supaya pihak polis dapat mengawal keselamatan penunggang serta lalulintas.

Bagaimanapun katanya, setakat ini polis Perak belum mengeluarkan sebarang permit bagi aktiviti berkenaan.

“Untuk aktiviti berbasikal berkumpulan, mereka dikehendaki memaklumkan kepada polis supaya kita boleh kawal keselamatan.

“Untuk aktiviti berkumpul, kita masih berpandu kepada akta perhimpunan awam dan di mana mereka perlu memaklumkan kepada polis supaya polis boleh selidik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri program sembahyang Buddha dan kelas bimbingan agama Buddha di Pusat Buddha Fo Guang Shan di sini, hari ini.

Katanya, sama seperti Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia lalu, terdapat penganjur yang memaklumkan tentang aktiviti berkenaan di mana pihak polis telah mengambil maklum dan memberi bantuan dari segi kawalan keselamatan lalu lintas dan sebagainya.

Sementara itu beliau turut menasihati penunggang basikal untuk sentiasa berhati-hati kerana tidak semua jalan disediakan laluan bagi penunggang basikal

“Jaga keselamat sebab kita sedia maklum bahawa jalan raya kita ini bukan semuanya ada laluan basikal diharap semua penunggang basikal hati-hati apabila menunggang basikal.

“Pakai pakaian yang selamat, menggunakan gear yang tertentu, lampu dan sebagainya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");