Perak Hari Ini

Sebutan Semula Kes Suami Youtuber Pada 17 Sept, Pihak Pendakwaan Tunggu Keputusan Tarik Semula Kes Pukul

IPOH- Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 17 September bagi sebutan semula dua kes melibatkan suami Youtuber masakan terkenal, M. Sugu, 28 atas kesalahan memiliki senjata berbahaya dan mencederakan isterinya, S.Pavithra, 28.

Hakim Mohd Fauzi Mohd Hakim menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan belum menerima sebarang arahan lanjut bagi menarik semula pertuduhan berkaitan kesalahan mencederakan wanita berkenaan.

Pavitra dilaporkan telah menyerahkan surat rasmi penarikan semula laporan polis kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Perak pada 4 September lalu.

Beliau terdahulu telah menarik semula laporan polis yang dibuat keatas suaminya itu pada 22 Julai yang lalu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Naidatul Athirah Azman, manakala tertuduh diwakili peguam, Jude Pereira dan Syahrul Nizam Muhamad Rabi.

Sugu juga telah didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan di bahagian bibir, pipi sebelah kiri dan lengan kanan Pavithra dengan menggunakan telefon bimbit dan hulu sabit.

Pasangan berkenaan didakwa bertengkar di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) ekoran mangsa tidak menyebut nama suaminya ketika menerima satu anugerah baru-baru ini.

Sementara itu bagi pertuduhan lain, Sugu didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukuran 26 inci bertulis ‘Tiger’ di kawasan sama pada jam 6 petang, 21 Julai lalu.

Peguam bela, Syahrul Nizam bagaimanapun meminta mahkamah untuk menetapkan tarikh perbicaraan yang sama berhubung kesalahan memiliki senjata berbahaya dan ekoran pihaknya baru dilantik dan memerlukan masa untuk meneliti semula kes.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima tahun hingga 10 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");