Membawang Hari Ini
Like

“Selamat hari lahir kak ngah.” -Genap usia 21 tahun, bapa ziarah pusara Nurin Jazlin

September 11, 2020
353 Views
0 Comments
2 minutes read
“Selamat hari lahir kak ngah.” -Genap usia 21 tahun, bapa ziarah pusara Nurin Jazlin

Sedar tak sedar, sudah 13 tahun pemergian Nurin Jazlin Jazimin yang meninggal dunia kerana dibunuh dengan kejam ketika berusia 8 tahun.

Kes kematiannya amat menggemparkan negara apabila mayat Nurin dijumpai di dalam sebuah beg pakaian dengan beberapa kesan kecederaan teruk kerana dipercayai dirogol oleh individu tak berhati perut.

Coretan bapa untuk anak yang telah tiada

Walaupun begitu, pelaku yang menyebabkan kematian allahyarham masih belum ditangkap. Pada hari ini, genap usia Nurin Jazlin 21 tahun andai masih hidup.

Oleh hal yang demikian, bapa kepada Nurin Jazlin telah memuat naik beberapa gambar ketika menziarahi pusara anak tersayang dan sedikit coretan hari lahir untuk puteri keduanya.

Hanya pinjam sementara…

Menerusi coretan tersebut, Jazimin menzahirkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi pinjam Nurin Jazlin kepada mereka walaupun seketika sebelum pergi buat selamanya pada tahun 2007.

Dia juga mengucapkan selamat hari lahir buat puterinya itu yang ke-21  sambil dilihat menziarahi pusara allahyarham.

“11 sept 99 jam 6.30am lahir Nurin Jazlin ke dunia.
Di pinjam hanya sementera & meninggalkan keluarganya di dunia selama lamanya pada 17 sept 2007, selamat ulang tahun ke 21thn kak ngah
Al-fatihah dibaca……….”

Semoga keluarga terus tabah

Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mendoakan agar allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan akui sedih dengan kisah malang yang menimpa allahyarham 13 tahun lalu.

Mereka juga berharap agar penjenayah yang melakukan kekejaman tersebut mendapat balasan diatas apa yang dilakukan terhadap jasad kecil yang tidak berdosa ketika itu.

Masih teringat lagi kes yang sangat2 kejam

Takziah buat tuan sekeluarga

Sumber: Jazimin AO

Komen & Pendapat

Comments are closed.