Berita Hari Ini

Seorang Peserta Konvoi Hari Malaysia Maut, Dua Parah Kemalangan

KUALA LUMPUR – Perjalanan konvoi sekumpulan penunggang motosikal sempena Hari Malaysia berakhir dengan tragedi apabila seorang maut manakala dua parah setelah terlibat dalam kemalangan di Hulu Selangor hari ini.

Bernama melaporkan Shahiran Abdull Halim, 26, mati di tempat kejadian manakala Muhammad Syahrul Nizzam Safar, 22, dan Muhammad Syarizi Abd Aziz, 30, cedera parah dan dirawat di Hospital Selayang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Supt Azman Shariat berkata kejadian pada pukul 10.14 pagi di KM 409.9 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara itu melibatkan peserta konvoi yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perak.

Beliau berkata siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang dua lelaki yang cedera parah itu bergesel sesama sendiri.

“Penunggang yang maut pula turut terbabas susulan pergeselan itu, dan tercampak ke lorong tengah lebuh raya sebelum dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata mayat Shahiran dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");