Membawang Hari Ini

Siti Sarah Jumpa Ketua Orang Asli Sampaikan Kesesalan

Mahu membuktikan dirinya benar-benar menyesal, Siti Sarah Raisuddin semalam berkunjung sendiri ke Kampung Batu 12 untuk memohon maaf berhubung isu menghina masyarakat Orang Asli baru-baru ini.

Kunjungan ke rumah Pengerusi Orang Asli Kampung Batu 12, Suhaimi Along, itu dibuat selepas penyanyi terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka pada 6 Sept lalu.

Sarah, 35, berkata dia sangat menyesali perbuatannya yang secara tidak sengaja menghina masyarakat tersebut.

“Sarah harap Tok dapat mewakili Sarah. Dengan rendah hati dan penuh sesal, Sarah minta maaf pada seluruh komuniti orang asli Malaysia sekiranya pernah mengguris perasaan sesiapa,” katanya melalui video dimuat naik di Instagram.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan Siti Sarah mempromosikan syampu bersama Pengarah Syarikat House of Ridz Okumura Sdn Bhd, Ridzo Okumura.

Namun, tindakan Sarah mengeluarkan kenyataan memetik nama Orang Asli dalam rakaman video tersebut mengundang kecaman netizen kerana disifatkan melakukan penghinaan.

Sit Sarah turut menerima permohonan maaf Ridzo yang mengaku memuat naik video perbualan mereka tanpa mendapat keizinannya terlebih dulu sehingga menjadi tular.

Kata penyanyi lagu Manis itu, selain kunjungan tersebut, dia akan turut membuat surat permohonan maaf untuk diedarkan kepada masyarakat Orang Asli di negara ini memetik MKini.

“Saya tahu kehadiran ziarah ni tak mencukupi, tapi saya tetap rasa lebih baik Tok ada depan Sarah.

“Di Malaysia ni ada 18 suku kaum Orang Asli, lepas ni kami akan tulis surat permohan maat tersebut,” katanya.

Sementara itu, Suhaimi berharap permohonan maaf dibuat Sarah dapat diterima dengan hati yang terbuka.

“Saya harap semua Orang Asli menerima suara dan keluhan Siti Sarah. Bukan niat dia nak berkata demikian.

“Diharap niat murni Siti Sarah datang ke sini untuk menyuarakan kekesalan dapat diterima dan dimaafkan.

“Sampai bila kita nak hukum dia? Apabila datang dengan niat baik, kita harap keikhlasannya itu diterima,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");