Berita Hari Ini

SKMM Siasat Aduan Pengguna Pakej Unifi

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memulakan siasatan, berikutan aduan pengguna yang mendakwa, terpedaya dengan tawaran pakej Unifi oleh Telekom Malaysia Berhad (TM).

BH Online melaporkan Jabatan Komunikasi Korporat SKMM dalam satu kenyataan, memaklumkan pihaknya akan meneliti aduan berlakunya pengurangan kelajuan muat naik bagi pakej Unifi 500Mbps yang dilancarkan TM, bulan lalu.

“Butiran aduan menyatakan TM telah menawarkan kelajuan muat naik 200Mbps bersama pakej Unifi yang menyediakan kelajuan muat turun 500Mbps yang dilancarkan bulan lalu.

“Setelah meneliti semula laman sesawang jualan rasmi pihak TM, pengadu mengesan pakej berkenaan

telah berubah sejak 2 September lalu, dengan kelajuan muat naik dikurangkan separuh kepada hanya 100Mbps,” katanya.

Kenyataan itu turut berkata, aduan berhubung isu sama turut dilaporkan oleh beberapa portal berita dalam talian yang menganggap pengguna terpedaya dengan tawaran melalui pakej awal diiklankan pihak TM.

“Pihak SKMM memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara telus dan adil.

“Jika siasatan awal mendapati terdapat unsur yang melanggar kepentingan pengguna, SKMM tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pemberi perkhidmatan,” katanya.

SKMM turut menjelaskan, Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang dikuatkuasakan oleh suruhanjaya itu memberi perhatian serius terhadap kepentingan pengguna perkhidmatan telekomunikasi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");