Panasnya Hari Ini

SPRM Diminta Siasat Kes Jual Tanah Di Sungai Siput Libatkan Senator

PUTRAJAYA – Bekas Ketua MIC Bahagian Sungai Siput M. Lokanathan hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penjualan tanah ladang sawit seluas 114 ekar (45.6 hektar) di Sungai Siput, Perak yang didakwanya dibuat di bawah harga pasaran.

Bernama melaporkan beliau mendakwa tanah Koperasi Kebangsaan Permodalan Tanah Bhd itu telah dipindah milik kepada sebuah syarikat kepunyaan seorang senator pada 2005 pada harga RM11,280 seekar sedangkan harga pasaran pada ketika itu ialah RM68,000.

Menurutnya, tanah ladang itu diwujudkan bekas Presiden MIC Tun S. Samy Vellu bagi kepentingan pekerja ladang Dovenby dan tanah tersebut sepatutnya dibangunkan sebagai perumahan untuk ahli koperasi dan masyarakat.

“SPRM diminta menyiasat perkara ini kerana kita percaya wujud penyelewengan,” katanya kepada media di ibu pejabat SPRM, di sini hari ini.

Lokanathan juga mendakwa dua bidang tanah milik Koperasi Pekerja Jaya Bhd dan penduduk Taman Tun Sambanthan, Sungai Siput dijual pada harga RM100,000 kepada sebuah syarikat milik senator yang sama pada 1999 walaupun harga pasaran ketika itu ialah RM2 juta.

Sementara itu, jurucakap SPRM ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");