PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan portal dalam bahasa Mandarin, hari ini, bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat mengenai pencegahan rasuah dan perkara berkaitan suruhanjaya itu.
Bernama melaporkan SPRM dalam satu kenyataan, portal itu dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil.
“Kemudahan terbaharu ini diharap dapat meningkatkan lagi keyakinan dan pengetahuan masyarakat Cina terhadap SPRM dan agenda antirasuah di samping menyebar luas mesej pendidikan pencegahan rasuah,” jelasnya.
Portal berkenaan boleh dilayari di pautan https://www.sprm.gov.my/cn/
Komen & Pendapat