Berita Hari Ini

SPRM panggil pekebun durian Raub beri keterangan

PERIKATAN Selamatkan Musang King (Samka) hari ini berkata kira-kira 50 pekebun durian tanpa izin dihubungi oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi untuk hadir memberikan keterangan mulai esok.

Samka mendakwa kira-kira 50 pekebun durian tidak berlesen telah dihubungi oleh pegawai SPRM pagi tadi untuk memberi keterangan mulai esok.

“Kira-kira 50 pekebun durian tidak berlesan dari Raub dihubungi oleh SPRM secara langsung atau melalui telefon pagi ini (14 September).

“Mereka dipanggil untuk memberikan keterangan kepada SPRM mulai esok.

“Samka percaya bahawa motif di sebalik tindakan tersebut adalah untuk memaksa pekebun menandatangai kontrak yang tidak sama dengan syarikat itu,” kata Samka dalam satu kenyataan hari ini.

Samka berkata mereka sudah melantik peguam untuk bersama pekebun yang dipanggil ke SPRM di Raub untuk disoal siasat mulai jam 10 pagi esok (15 September).

Samka kini terlibat dalam pertelingkahan dengan kerajaan negeri Pahang yang telah memberikan pajakan dan hak ke atas tanah seluas 2,168 hektar di Raub selama 30 tahun dengan pilihan tambahan lagi 30 tahun untuk menjalankan usaha sama dengan Royal Pahang Durian.

Royal Pahang Durian merupakan usaha sama antara Royal Pahang Durian Resources (RPDR) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP).

Syarikat itu ditubuhkan kononnya untuk mengekang penambahan tanah negeri untuk penanaman durian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");