Perak Hari Ini

Sultan Perak Berkenan Sampaikan Sumbangan Kepada Wira Negara

IPOH- Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mencemar duli menyampaikan sumbangan kepada wira-wira negara yang telah menabur bakti bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan.

Seramai 12 orang penerima telah menerima sumbangan wira negara yang mana terdiri daripada lima penerima dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), lima penerima dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua penerima dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Baginda berkenan mencemar duli hadir ke Majlis Jamuan Teh dan Penyampaian Hadiah Sempena Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak Tahun 2020, di Hotel Casuarina@Meru, di sini, hari ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah; Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal dan isteri serta barisan Exco negeri Perak.

Baginda juga menyampaikan plak penghargaan bagi anugerah pengiktirafan khas petugas barisan hadapan Covid-19 kepada Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Ding Lay Ming; Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng; Panglima 2 Briged, Briged Jeneral Malek Razak Sulaiman; Pengarah Bomba Negeri, Azmi Osman; Pengarah APM Negeri, Kol. (PA) Noor Azam Kamal dan Pengarah RELA Negeri, Kamarul Idzham Kamal.


Sementara itu, baginda turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan bersempena bulan kebangsaan Tahun 2020 melalui Pertandingan Sayembara Puisi Hari Kebangsaan Negeri Perak 2020;
Pertandingan Video Pendek Hari Kebangsaan Negeri Perak 2020 dan Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan Negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");