Berita Hari Ini

Syed Saddiq Bakal Daftar Parti Baru Hari Ini

KUALA LUMPUR: Syed Saddiq Abdul Rahman dikatakan akan menyerahkan borang pendaftaran kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk mendaftarkan parti baharunya.
Parti baha itu dijangka menggunakan nama MUDA.

Nama parti MUDA telah tular dan menjadi sebutan dalam media sosial.

Terdahulu, Syed Saddiq pernah bercakap kepada Utusan Malaysia bahawa politik muda yang bakal dibawa ini bukan hanya memberi fokus kepada orang muda tetapi untuk semua lapisan masyarakat.

Bekas Ketua Armada itu mendedahkan hasrat itu dalam temubualnya dengan saluran radio BFM pagi ini.

Syed Saddiq telah menggunakan tanda pagar #MUDAsudahMULA sejak semalam seolah-olah mengatakan bahawa golongan muda akan mula bangkit.

Sejak semalam, semakin ramai pemimpin muda yang terlibat dalam pertubuhan parti tersebut telah memberi kenyataan melalui laman Twitter mereka meggunakan tanda pagar yang sama. -UTUSAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");