Berita Hari Ini

Syed Saddiq Lanjut Pengajian Sambil Berkhidmat Untuk Rakyat

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan akan melanjutkan pengajiannya di Universiti Nasional Singapura.

Pengumuman itu dibuat menerusi hantaran di akaun Twitter berserta gambar beliau bersama surat tawaran diterimanya dari universiti berkenaan petang semalam dan mendapat pelbagai reaksi dan ucapan tahniah daripada pengikutnya.

“Alhamdulillah, saya mendapat tempat dan biasiswa di National University of Singapore untuk mengikuti program Lee Kuan Yew’s Senior Fellowship in Public Service,” katanya.

Beliau berkata, berita itu disimpan sejak Jun lalu tetapi disebabkan kelasnya akan bermula hari ini, ia dikongsikan dengan rakan-rakannya memetik Sinar Harian.

“Sebagai orang muda, ada banyak yang perlu saya belajar lagi untuk meningkatkan kebolehan saya untuk berkhidmat.

“Saya menolak menyambung pengajian di peringat Master di Universiti Oxford sebanyak dua kali disebabkan politik. Akhirnya, saya diberikan peluang untuk memantapkan kemahiran dasar awam sambil memberikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kerana memberikan peluang berkenaan dan akan terus berkhidmat kepada rakyat.

Sebelum ini, Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan itu memohon untuk mendaftarkan parti baharunya minggu lalu dan mengasaskan gerakan lain, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Syed Saddiq merupakan bekas ketua Pemuda Bersatu (Armada) sebelum parti itu memilih untuk meninggalkan Pakatan Harapan (PH), sehingga kini beliau terus memilih untuk menyokong bekas Pengerusi Bersatu dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berbanding bersama Muhyiddin Yassin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");