Panasnya Hari Ini

“Tak Mungkin Saya Bersama DAP, Gunalah Otak Siapa Yang Ramal Itu”

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan, menafikan beliau menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mendakwa memiliki majoriti untuk menubuhkan kerajaan.

Malah, Ahmad juga menolak ramalan sebuah portal kononnya akan dilantik sebagai Menteri Kewangan 2 dalam kerajaan baharu itu seperti ditularkan.

BH Online melaporkan beliau berkata, tidak mungkin beliau akan bekerjasama dengan DAP kerana laporan itu meletakkan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, sebagai Menteri Kewangan 1.

“Wah, hari-hari akan bergaduh ‘grinning face with smiling eyes’. Dia nak #SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan), cukai yang terburuk dalam dunia, kuno, orang senang kena tipu, tak telus dan regresif.

“Saya pula #GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan), cukai yang terbaik dalam dunia, moden, sukar tipu, telus dan progresif.

“Tak mungkin saya bersama #DAP. Siapa yang ramal ini, gunalah otak sikit,” kata beliau dalam mesej Twitter, semalam.

Menurut ramalan yang menyenaraikan nama anggota Kabinet kononnya di bawah kerajaan baharu itu, jawatan Perdana Menteri disandang Anwar manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi timbalannya.

Selain itu. Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan, manakala Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai Menteri Dalam Negeri.

Anwar kelmarin mendakwa mempunyai majoriti ‘kukuh dan meyakinkan’ bagi membentuk kerajaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");