Panasnya Hari Ini

Tiada Seorang Pun Ahli Parlimen Pas Sokong Anwar – Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan tiada seorang pun daripada 18 wakil rakyat daripada parti itu menyokong untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan PAS dalam masa terdekat.

Kenyataan ini susulan pengumuman Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.

Anwar pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini menegaskan kerajaan pimpinan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kini “jatuh.”

“Dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan, bermakna pada saat ini kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh,” katanya disambut tepukan, sorakan dan laungan ‘reformasi’ daripada penyokongnya.

Tambah beliau, maklumat dan langkah selanjutnya akan dimaklumkan selepas beliau bertemu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam masa terdekat memetik Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");