Panasnya Hari Ini

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ditahan Salah Guna Dana Pertubuhan OKU

IPOH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang timbalan ketua UMNO bahagian di negeri ini berhubung kes menyalahgunakan dana pertubuhan orang kurang upaya (OKU) sekitar RM500,000.

Memetik BH Online Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad, mengesahkan penahanan itu ketika dihubungi hari ini.

Katanya suspek berusia 61 tahun itu yang juga pengerusi pertubuhan berkenaan ditahan pada 3 September lalu.

“SPRM menerima laporan mengenai kes berkenaan dan dia dipercayai memindahkan kira-kira RM500,000 dana pertubuhan itu ke dalam akaun peribadinya,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana menyalahgunakan kedudukan dan kuasa memperoleh rasuah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");