Berita Hari Ini
Like

Tolak Ahli Politik Yang Ancam Kestabilan – PM

September 23, 2020
470 Views
0 Comments
1 minute read
Tolak Ahli Politik Yang Ancam Kestabilan – PM

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin merayu rakyat menolak tindakan membabi buta segelintir ahli politik yang sengaja mahu menjejaskan kestabilan dan pemulihan ekonomi negara yang sedang dilaksanakan dengan baik pada masa ini.

Perdana Menteri mengajak rakyat supaya bersama-sama dengan Kerajaan Perikatan Nasional untuk mengemudi negara yang masih berhadapan dengan krisis ekonomi dan kesihatan pada masa ini.

Katanya, kerajaan hari ini adalah kerajaan yang mendengar rintihan rakyat dan sedaya-upaya membantu rakyat menghadapi detik yang sukar ini.

”Apa yang perlu ialah sebuah kerajaan yang stabil dan teguh dengan sokongan dan dukungan saudara dan saudari sekalian.

”Ini penting supaya lebih banyak inisiatif untuk memulihkan ekonomi dan membantu rakyat jelata dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh kerajaan.

”Saya merayu saudara dan saudari sekalian supaya menolak tindakan membuta tuli segelintir ahli politik yang sengaja mahu menjejaskan kestabilan politik dan pelan pemulihan ekonomi negara yang sedang dilaksanakan dengan baik pada masa ini,” katanya dalam perutusan khas Kita Prihatin sebentar tadi.

Muhyiddin yakin rakyat boleh melakar melakar masa depan yang lebih baik dari semalam dengan kekuatan semangat sebagai rakyat Malaysia.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan kemakmuran negara kita dan kesejahteraan seluruh rakyat,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat

Comments are closed.