Berita Hari Ini

Tukar Nama Jalan Kepada Jalan Palestin: Annuar Musa Minta Penjelasan

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menuntut penjelasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menukar nama Jalan Raja Laut kepada Jalan Palestin.

Semalam, DBKL memaklumkan nama Jalan Raja Laut 1 kini dikenali sebagai Jalan Palestin sebagai sokongan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Bagaimanapun, Annuar melalui ciapan di Twitternya, mempersoalkan kewajaran pemilihan jalan berkenaan.

Annuar berkata, ini kerana nama asalnya itu amat bersejarah kepada bangsa Melayu dan ibu kota.

“Saya tiada halangan hendak menamakan jalan di Kuala Lumpur dengan Jalan Palestin, tanda sokongan Kuala Lumpur kepada perjuangan pembebasan al-Quds.

“Namun, saya mahukan penjelasan kenapa memilih untuk tukar nama Jalan Raja Laut, nama besar sejarah Melayu dan Kuala Lumpur,” katanya dalam Twitter rasmi beliau, lapor BH Online.

Menurut Annuar, terdapat banyak nama jalan dalam bahasa Inggeris yang boleh dipilih untuk digantikan dengan Jalan Palestin.

“Kenapa tidak tukar nama Inggeris seperti Jalan Stonor, Jalan Conlay, Jalan Cochrane dan lain-lain,” katanya.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dilaporkan berkata, cadangan untuk menukar nama jalan itu tercetus ketika Majlis Himpunan Hari Quds Sedunia yang diadakan di Dataran DBKL pada 26 hingga 31 Mei tahun lalu.

“Menamakan Jalan Palestin itu sebagai simbol sokongan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin dalam menentang penindasan dan seterusnya menubuhkan sebuah negara Palestin.

“Proses untuk mengenal pasti jalan yang sesuai sebagai Jalan Palestin mengambil masa agak lama kerana perlu dibuat secara teliti dan perlu melalui prosedur ditetapkan seperti mana penamaan jalan lain,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");