Berita Hari Ini

Tuntutan Palsu RM800 Juta: Mahkamah Lanjut Tahan Reman Dua ‘Datuk’

Mahkamah Majistret Kuching hari ini membenarkan permohonan lanjutan reman terhadap dua individu bergelar ‘Datuk’ selama dua hari lagi bermula hari ini hingga 13 Sept.

Perintah lanjutan reman terhadap individu yang masing-masing berusia 42 dan 44 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Zubaidah Sharkawi selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) S Thangavelu.

Kedua-dua individu itu diwakili empat peguam iaitu Shankar Ram, Albert Tang Yew Liong, Lim Heng Choo dan Alan Law.

Kedua-duanya yang merupakan rakan kongsi dan pengarah sebuah syarikat ditahan dalam operasi khas SPRM dengan kerjasama Kementerian Pertahanan di Kuching 8 Sept lepas.

Menurut sumber, tuntutan itu membabitkan pelaksanaan 10 projek jalan negeri di pedalaman Sarawak di bawah Kementerian Pertahanan bernilai lebih RM800 juta.

Ia membabitkan projek pembinaan jalan menghubungkan beberapa bandar kecil di Sarawak yang dikenali sebagai ‘Projek Jiwa Murni’ di bawah kementerian berkenaan yang dianugerahkan kepada syarikat itu antara tahun 2010 dan 2016.

Daerah dan kawasan yang terbabit dengan projek itu adalah di Miri, Kapit, Ba’kelalan, Limbang dan Belaga.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");