Perak Hari Ini

Warga Emas Maut Dilanggar Jentolak Mengundur, Kilang Didenda RM30,000

IPOH- Sebuah kilang kelapa sawit didenda sebanyak RM30,000 di Mahkamah Sesyen hari ini kerana menyebabkan seorang pelanggannya maut dilanggar jentolak yang sedang dipandu mengundur pada tahun lalu.

Kilang milik Sungai Kerang Development Sdn Bhd yang diwakili Juruteranya, Benny Yeoh Cheong mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Norashima Khalid.

Mahkamah turut memerintahkan wakil syarikat itu dipenjara lapan bulan, jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, sebagai majikan syarikat gagal mengadakan kawalan tempat kerja dengan selamat bagi pelawat yang masuk ke kilang sehingga menyebabkan kemalangan pada 8 Oktober 2019.

Kemalangan dilaporkan berlaku sekitar jam 8.50 pagi di sebuah kilang kelapa sawit di Bota, di mana mangsa bekerja sendiri dan merupakan pelanggan yang datang ke kilang tersebut.

Daripada siasatan, mangsa Chai Ming Poi, 64, telah dilanggar oleh shovel Caterpillar 936E dari belakang yang mana shovel tersebut telah dipandu secara mengundur ketika membawa palm kernel shell melalui jalan di antara tiang moving floor (boiler No. 3) dengan tembok struktur conveyor.

Mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Changkat Melintang kemudiannya dihantar untuk rawatan lanjut di Hospital Seri Manjung dan disahkan meninggal dunia pada jam 4.50 petang pada hari yang sama.

Terdahulu, JKKP Perak telah mengeluarkan lapan notis larangan kepada pemilik premis melibatkan kegagalan memastikan lapan unit jentolak diselenggara dengan baik.

Selain itu, JKKP Perak turut mengeluarkan lima notis perbaikan kepada pemilik premis. Pemilik premis diminta untuk mengadakan sistem kerja selamat bagi pengurusan trafik dan taklimat keselamatan kepada pihak luar.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JKKP Perak, Eza Marny Marzuki manakala syarikat berkenaan diwakili peguam, Andrew Soong.

Syarikat boleh di bawah Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi tempoh 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");